Sivarasa di AdilTV (Bhg 1)


Naib Presiden KeADILan Sivarasa Rasiah menyifatkan walaupun langkah kerajaan membayar ex-gratia kepada enam hakim yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988 adalah wajar namun pembayaran ex-gratia itu tidak memadai dengan penderitaan yang dilalui serta kezaliman yang dilakukan terhadap hakim yang terbabit.

Menurutnya, wang pampasan bukan segala-galanya dan beliau percaya hakim-hakim terbabit berhak mendapat lebih daripada itu, antaranya kenyataan memohon maaf secara terbuka daripada kerajaan.

Lagi laporan mengenai krisis kehakiman boleh didapati dalam Suara Keadilan edisi 133, yang akan terbit pada Khamis, 23 April ini.
(Dari Suara Keadilan Online)

Post a Comment or Leave a Trackback

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*