Parliament Time

Today is the big day - when the new Dewan Rakyat convenes and our MP gets sworn in. Malaysians have been eagerly waiting for this day since the historic March 8 political tsunami. On Wednesday, we will get to see the MPs in action when the Question Time is telecast live on television.

The excitement to see the new MPs in action was marred when MSM and bloggers picked on MPs who did not send in their questions on time but our Subang MP Siva had managed to send in his questions:

Written question:

129. PR-1211-T12626
a) sejauh manakah perlaksanaan 11 cadangan Suruhanjaya Di Raja Penambahbaikkan Perjalanan dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia mengenai kes-kes kematian dalam tahanan; dan
b) Apakah tindakan Kementerian untuk menyelesaikan inkues kes-kes kematian dalam tahanan yang telah lama tertangguh

130. PR-1211-T12630
a) Stastik mengenai pendatang tanpa izin sejak tempoh 2002 hingga 2007 berhubung jumlah operasi RELA bersama jabatan imigresen, bilangan yang ditahan, bilangan yang disabitkan kesalahan, kewarganegaraan, bilangan tahun hukum penjara dan bilangan orang yang dijatuhkan hukuman sebat; dan
b) jumlah pendatang tanpa izin yang dihantar pulang sejak tahun 2002 sehingga kini. Sila nyatakan menurut tahun dan kewarganegaraan masing-masing.

131. PR-1211-T12632
a) bilangan tahanan mengikut kewarganegaraan yang ditahan dibawah ISA pada masa ini dan sebab-sebab penahanan mereka; dan
b) bilakah kerajaan bercadang melaksanakan syor-syor SUHAKAM berkaitan dengan ISA (tahanan tanpa bicara) dan sekiranya tidak, mengapa.

132. PR-1211-T12635
a) Bilangan penahanan yang telah dibuat di bawah seksyen 4(1) Ordinan Darurat (EO) dari tahun 2005 hingga kini. Sila nyatakan angka pecahan mengikut tahun; dan
b) bilangan tahanan EO yang telah dibebaskan oleh kerajaan dari tahun 2005 hingga 2007 dan berapakah bilangan di antara mereka yang dibebaskan itu dikenakan Perintah Sekatan Kawasan

133. PR-1211-T12638
a) bilangan tahanan yang telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (langkah-langkah pencegahan khas) 1985, Dangerous (Special Preventive Measure) Drugs Act 1985 (DDA) dari tahun 2002 hingga kini; dan
b) bilangan tahanan DDA yang telah dibebaskan dari tahun 2002 hingga kini dan bilangan mereka yang dikenakan Perintah Sekatan Kawasan

Oral Question

PR-1211-L12598
Minta Menteri Kewangan menyatakan: adakah kerajaan mempunyai apa-apa rancangan untuk memberi perlindungan kepada orang ramai yang diistiharkan muflis dan juga disenarai hitamkan di bawah CCRIS (yang dikendalikan oleh Bank Negara malaysia) sebab identiti mereka dicuri pihak lain dan disalahgunakan untuk pinjaman-pinjaman menipu.

PR-1211-L12618
Minta Mentari Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:
a) Sungguhpun ada seksyen 6 Akta Pinjaman Wang 2003 dan Peraturan 8, Peraturan-peraturan (pengawalan dan perlesenan) Pinjaman Wang 2003 yang mewajibkan iklan-iklan oleh pinjaman wang diluluskan oleh pendaftar, apakah sebabnya banyak iklan meminjam wang didapati sekarang di merata tempat; dan
b) sekiranya iklan-iklan ini tidak diluluskan , apakah tindakan yang telah diambil dan berapa peminjam wang (berlesen dan tidak berlesen) telah dituduh di mahkamah, termasuk di bawah seksyen 5(1)

PR-1211-L12557
Minta Menteri Kewangan menyatakan:
berdasarkan rancangan kerajaan untuk mencapai matlamat mampu mengeluarkan makanan cukup dan wang dari institusi kewangan adalah perlu untuk modal permulaan, adakah Kementerian Kewangan mempunyai apa-apa rancangan untuk memastikan semua institusi kewangan memberi bantuan kepada pengeluaran makanan berdasarkan sebahagian minima daripada semua pinjaman mereka.

PR-1211-L12584
Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
a) bilakah kerajaan akan menubuhkan mekanisme penyemakan PDRM yang bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) seperti yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikkan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia; dan
b) daripada 125 cadangan laporan itu apakah cadangan -cadangan yang telah dilaksanakan dan bilakah baki cadangan-cadangan akan dilaksanakan.

PR-1211-L12576
Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
a) bilangan kes kematian yang berlaku dalam tahanan sejak tahun 2002 sehingga 2007 dalam lokap polis, penjara, pusat tahanan pendatang tanpa izin, pusat tahanan untuk EO, LLPK, dan pusat tahanan untuk penagih dadah: dan
b) berapakah inkues terhadap kes kematian dalam tahanan telah dijalankan dan berapa yang telah diselesaikan sejak tahun 2002 sehingga sekarang dan sekiranya inkues tidak dijalankan seperti yang diwajibkan di bawah undang-undang. mengapa ia berlaku.

PR-1211-L12615
Minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:
a) apa sebabnya sering dikeluarkan iklan-iklan oleh pemaju-pemaju yang mengatakan bahawa bayaran kepada peguam akan dibuat oleh pemaju dengan syarat pembeli menggunakan peguam akan dilantik oleh pemaju: dan
b) apakah iklan-iklan yang mengelirukan ini dibenarkan oleh Pengawal Perumahan (Control of Housing) dan, sekiranya tidak, adakah pemaju yang didakwa di bawah Peraturan 5(3), Peraturan-peraturan Pemaju Perumahan (pengawal dan Perlesenan) 1989.

We hope you will get answers for the rakyats’ sake. Anyhow, congratulations Siva!

Post a Comment or Leave a Trackback

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*