Kami calon-calon DUN negeri Selangor dari KeADILan menyatakan bahawa semua calon-calon DUN Selangor dai Barisan Nasional yang turun bertanding sekali lagi di dalam pilihanraya kali ini tidak pernah selama ini dan tidak akan dapat mengambil langkah-langkah untuk :
- Menyelesaikan masalah yang dihadapi negeri Selangor
- Mengambil tindakan ke atas semua penyalahgunaan kuasa yang dikepalai oleh Mohd Khir Toyo sendiri yang telah memegang jawatan menteri besar selama 8 tahun
- Dengan berani mendedahkan salahguna kuasa Mohd Khir Toyo.
Ini jelas dengan melihat segala penyelewengan demi penyelewengan kuasa yang masih belum selesai. Sebahagian daripada kes penyelewengan tersenarai seperti berikut:
- “Hadiah” tanah kepada sahabat kontraktor - pada tahun 2001, seorang ahli politik dituduh memberi 400 ekar tanah di Bukit Cahaya, Shah Alam, kepada 4 syarikat yang diketuai oleh seorang pengarah yang sama.
- Ramai DUN -DUN BN yang hidup mewah walaupun ada rakyat yang masih terpinggir. Contohnya, DUN Kelang Zakaria Mohd Deros yang terang-terang telah melanggar peraturan dengan “istana” kediamannya yang dibina tanpa kelulusan penguatkuasa tempatan.
- Penyelewengan wang kerajaan seperti lawatan “bekerja” YB ke negara-negara eksotik seperti di Mesir.
- Kes rasuah, seperti DUN Kelang Zakaria Mohd Deros (lagi) yang didenda sebanyak RM24,000 oleh Majlis Perbandaran Klang. Namun kesnya kemudian ditutup oleh BPR kerana kekurangan bukti.
- Isu pembinaan insinerator atau pembakar sampah berdekatan kawasan perumahan Broga dan Ijok yang tidak mengambil kira pendapat penduduk.
Sesungguhnya kami, calon-calon DUN Selangor dari KeADILan berjanji untuk:
- Mendedahkan dengan berani segala penyalahgunaan kuasa di bawah pentadbiran Khir Toyo
- Membela masa hadapan rakyat
- Membangunkan negeri Selangor dengan adil dan saksama
- Mengikut manifesto KeADILan untuk membawa harapan baru di negeri Selangor.
MAKA KAMI DENGAN INI MENYERU KEPADA SEMUA PENGUNDI SELANGOR untuk memilih secara bijak.
Satu undi untuk Mohd Khir Toyo adalah satu undi yang melemahkan negeri Selangor.
Justeru itu, kami laungi, undi untuk KeADILan adalah undi tidak percaya terhadap Khir Toyo.
Sekian,
Calon-calon KeADILan DUN Negeri Selangor








